Akmal Abd Aziz 18 tahun, atau nama mesra dikalangan kawan-kawan "mat pulin", Bekas pelajar di Penang Free School, Pemain bola PFS. Telah kembali Ke Rahmatullah pada 5 Jun 2009 akibat kemalangan langgar lari oleh sebuah treler.
Aku sedih sangat sebab tak berkesempatan untuk melihat jenazah buat kali terakhir kerana aku berada di kampung pada masa tersebut, ditambah pula pada ketika itu bateri handphone aku betul-betul habis. Selepas akuu dapat mesej di azam (ot) pkul 9 lebih aku terus call yang lain untuk dapatkan kepastian. Esok paginya aku terus terpa ke rumah untuk cari charger, lpas on-kan henset, berpuluh misscall dan mesej masuk.
Tapi diorang cakap Arwah dah selamat dikebumikan.
Memang tak aku sangka kerana baru sahaja 2 minggu aku jumpa arwah bersembang banyak cerita pasal haluan lepas SPM. Allah lebih menyayangi dia.
Kemalangan tersebut berlaku di jalan Sg. Petani- Alor Setar, kerana Arwah bersama member baiknya Mat @K@ Khairuddin menemaninya untuk beli baju (sebab nak sambung blaja).
Depa naik 2 motor asing, Mat cakap arwah seronok sangat dapat duit RM300 ayah dia bagi, last mat cakap lagi dia suh mat jalan dulu satgi dia follow blakang.
Dah agak 5 minit mat tak nampak dia kat site-mirror, mat pun benti dan tepon dia, tapi tak dapat, mat pun patah balik, lepas tu mat tengok jalan dah jem, mat dalam hati dok harap, bukan akmal.... tapi mat tengok motor dia atas jalan, mat doa agar akmal kena pun tak la teruk sangat, Tapi last2 mat tengok, memang arwah dah meninggal.
henpon dia ada lock-code, orang ramai memang dah tak boleh buat apa. mat memang lemah tengok dia.
Kita yang masih ada ini kena beringat, Allah sayangkan dia. Azry doa semoga keluarga beliau tabah mengharungi dugaan. Semoga Roh beliau ditempatkan bersama para syuhada dan hamba yang soleh Amin....
Al-Fatihah to Arwah Akmal aka (mat pulin)....
Posted by Azri Omar | | akmal pfs, azri, berita, eksiden, isu semasa, Keratan akhbar, peribadi, takziah | 2 comments »Semua Agensi Kerajaan Akan Laksana Perisian Sumber Terbuka
Posted by Azri Omar | | azri, berita, isu semasa, kerajaan, Keratan akhbar, networking, open source, penggodam, server, technique, vulnerable | 0 comments »KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) menjangka semua agensi kerajaan akan melaksanakan perisian sumber terbuka (OSS) menjelang akhir tahun depan.
Sehingga kini sebanyak 462 agensi daripada 720 agensi telah melaksanakan OSS, yang berjaya memberikan penjimatan lebih RM47 juta, kata timbalan pengarah bahagian perancangan dan dasar ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) Mampu, Tan King Ing.
"Kami telah memanfaatkan model pembangunan OSS untuk pembangunan pantas produk pada kos yang lebih rendah dengan menggunakan penyelesaian sedia ada," kata beliau pada taklimat media di sini Khamis.
Lapan produk OSS telah dibangunkan untuk kegunaan semua agensi sektor awam, katanya kepada pemberita.
Untuk terus menyumbang kepada industri, Mampu dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Sumber Terbuka Malaysia MSC 2009 mulai 31 Mei hingg 3 Jun ini.
Persidangan yang disasarkan kepada eksekutif perniagaan, pembangun teknologi dan komuniti sumber terbuka, dijangka menarik kira-kira 1,000 peserta tempatan dan luar negara, kata naib presiden MDeC Saifol Shamlan.
Bertemakan "Open to Change", persidangan itu bertujuan untuk menyediakan pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan sumber terbuka dalam meningkatkan daya saing dengan kos pemilikan yang lebih rendah, kata Saifol.
"Persidangan ini akan menyediakan platform untuk para peserta berinteraksi secara aktif, berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mereka serta perkakasan mengenai trend serta isu terkini," katanya.
Antara penceramahnya ialah wakil dari Mozilla, Google, Microsoft, Linux, Red Hat, Sun Microsystems, Extol, Ubuntu-my, Krimmet, Hack In The Box dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Saifol berkata industri OSS menunjukkan trend positif dan kekal bingkas walaupun dalam krisis ekonomi global.
"Kami mahu industri berdaya maju dan berkembang," katanya, sambil menambah bahawa kira-kira empat peratus daripada syarikat Malaysia berstatus MSC kini dalam perniagaan OSS.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=406252
Tiada Ungkapan cuma Satu Harapan.
Posted by Azri Omar | | al iman consultant and training center berita, azri, catatan, diari, isu semasa, kami, kawan, Keratan akhbar, peribadi, sekolah, tentera | 0 comments »Penat hari ni, Jumaat 24 April 2009, aku baru sahaja pulang dari Kem BN3 512 Rejimen Askar Wataniah. Aku diberi tanggungjawab unuk menjadi fasilitator bagi Al-Iman Consultant & Training Center dimana Al-ImanConsultant adalah sebuah syarikat bumiputra yang menyediakan perkhidmatan motivasi,team building dan kaunseling berversi Islamik.
Pada program kali ini, pesertanya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang (high risk) dari sebuah sekolah di area Kemaman telah memilih Al-Iman Consultant & Training Center sebagai salah satu usaha untuk mendidik rohani remaja-remaja yang sedang bersekolah ini agar menjauhi segala perkara-perkara yang dilarang oleh agama, memupuk semangat berkumpulan dan setiakawan yang tinggi, berani menghadapi cabaran yang mendatang dalam apa jua keadaan, persediaan dan bekalan untuk menghadapi peperiksaan dan semua ini diterapkan melalui unsur-unsur islamik bersama modul-modul latihan yang berbentuk teori dan praktikal.
Al-Iman baru sahaja ditubuhkan, namun sudah banyak menerima undangan untuk memberi latihan begi menerapkan nilai-nilai islam dalam kehidupan malah dalam kepimpinan.
Berbailk kepada cerita asal, sejurus sahaja pelajar-pelajar berkenaan sampai, mereka dibariskan di padang kawat Kem Bukit Kuang untuk pemeriksaan beg. Sudah menjadi kebiasaan bagi anggota tentera Kem Bukit Kuang untuk melakukan pemeriksaan untuk tujuan keselamatan. Aktiviti bermula pada petang itu juga dengan modul ta'aruf dan pembahagian kumpulan. Pada sebelah malamnya disusuli dengan solat maghrib secara berjamah, dan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Syed Syahrunuddin. Selesai sahaja kuliah maghrib, solat hajat juga telah dilakukan agar memohon supaya program dapat berjalan dengan lancar dan semoga dapat melembutkan hati para peserta. 1 slot bertajuk "Solat Tiang Agama" telah disampaikan oleh Ustaz Osmarizal atau lebih mesra dengan panggilan "Ustaz Osama". Kesemua tenaga pengajar Al-Iman Consultant & Training Center adalah berkelulusan dari negara Timur Tengah yang berpengalaman. Malam pertama "Kem Bestari Solat" berakhir dengan tayangan video tentang "Kematian" yang cukup memberikan kesan mendalam kepada peserta Kem dan saya sendiri.
Hari kedua, iaitu hari ketika saya menulis catatan ini bermula dengan saya sahabat saya, Basyir, mengejutkan peserta pada jam 4.30 pagi untuk program Qiamullail. Solat sunat tahajjud, taubat dan hajat diimamkan oleh sahabat saya, saudara Izuddin. Kuliah Subuh pula disampaikan oleh Ustaz Syed. Namun, saya dipertanggungjawabkan untuk slot senaman pagi dan rekreasi. Ternyata pelajar amat gembira dan terhibur dengan aktiviti yang dijalankan. Walaupun masih ada antara mereka yang kadang-kadang masih "keras" namun usaha untuk menyemai benih kelembutan tetap dijalankan tanpa rasa jemu. Mereka ini patut diberi peluang dan perhatian secukupnya, kerana kurangnya perhatian itu lah yang mampu mendorong mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Selepas menikmati arapan pagi, pelajar telah bersedia seawal 9.00 pagi lagi di dewan untuk mendengar slot seterusnya yang akan disampaikan oleh Ust. Osama. pada jam 11.45 pagi, slot berkenaan selesai dan peserta kem bersiap untuk solat Jumaat.
Namun, saya amat sedih kerana tidak dapat bersama sahabat-sahabat saya untuk membantu adik-adik peserta kem higga ke akhir program kerana saya perlu menduduki peperiksaan "Malaysia University English Test" (MUET). Namun harapan saya tinggi untuk melatih , mereka dan diri saya sendiri agar dapat menjadi insan yang berguna dan taat pada perintah Allah serta melaksanakan "Amal Ma'aruf Nahi Mungkar" di muka bumi Allah yang sementara ini.
Sebarang maklumat mengenai Al-Iman Consultan & Training Center
sila hubungi :
Ustaz Osama : 0199115058
Remaja cabul wanita dalam lif
Posted by Azri Omar | | berita, cabul, isu semasa, Keratan akhbar, nafsu, peluk, polis, rogol, sangap, seks, sex, stim | 0 comments »Keratan akhbar : Metro Isnin, 20 April 2009 (17:23 PM)
KUANTAN: Seorang remaja lelaki yang gagal menahan nafsunya ditahan polis selepas mencabul seorang wanita dalam lif sebuah hotel di Genting Highlands, dekat Bentong, malam tadi.Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, mangsa berusia 30 tahun yang berasal dari Ipoh, Perak dan bekerja sebagai jurujual menggunakan lif untuk pulang ke biliknya.
Bagaimanapun, pada masa sama, remaja terbabit yang berusia 15 tahun turut berada dalam lif berdiri di belakang mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata remaja terbabit secara tiba-tiba memeluk pinggang wanita itu dan menyebabkan mangsa terkejut serta meronta untuk melepaskan diri.
Katanya, mangsa kemudian berjaya melepaskan diri sebaik saja pintu lif dibuka sebelum memaklumkan kejadian kepada pengawal keselamatan hotel berkenaan.
p/s: apala nak jadi dengan remaja kita zaman sekarang.............




