IP
Showing posts with label seks. Show all posts
Showing posts with label seks. Show all posts

Keratan akhbar : Metro Isnin, 20 April 2009 (17:23 PM)

KUANTAN: Seorang remaja lelaki yang gagal menahan nafsunya ditahan polis selepas mencabul seorang wanita dalam lif sebuah hotel di Genting Highlands, dekat Bentong, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, mangsa berusia 30 tahun yang berasal dari Ipoh, Perak dan bekerja sebagai jurujual menggunakan lif untuk pulang ke biliknya.
Bagaimanapun, pada masa sama, remaja terbabit yang berusia 15 tahun turut berada dalam lif berdiri di belakang mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata remaja terbabit secara tiba-tiba memeluk pinggang wanita itu dan menyebabkan mangsa terkejut serta meronta untuk melepaskan diri.

Katanya, mangsa kemudian berjaya melepaskan diri sebaik saja pintu lif dibuka sebelum memaklumkan kejadian kepada pengawal keselamatan hotel berkenaan.


p/s: apala nak jadi dengan remaja kita zaman sekarang.............


Berikut adalah beberapa gambar yang menunjuk’kan Bintang Paling Popular 2008, Nabil yang memeluk buah hatinya, Irma Hasmie selepas dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2008 pada malam tadi di Arena of Stars, Genting Highland.





Gambar: Ohartis dot com

"Artis kita sopan ke? Mimpi lah. Berpelukan perkara biasa. Jika remaja ingin memilih idola, utamakanlah agama bukannya hiburan. Dek kerana kita buta dengan hiburan, maka kita pilihlah idola yang sudah sedia sesat, untuk kita sama-sama sesat bersama mereka. Dan kenyataan Nabil yang paling kurang ajar bagi saya apabila mengucapkan - 'Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara."

- http://azzlie.blogspot.com/