IP

Maaf, lama tak update blog azri ni. Selain amat sibk dengan tugas harian sebagai pelajar, Azri juga dalam proses membangunkan satu laman rangkaian sosial untuk komuniti Mahasiswa TATi University College yang dikenali sebagai "TATiUC MyFriend'sBook (TMF)".

Pada mulanya dengan niat hanya suka-suka, dan sungguh tidak disangka, laman ini telah mempunyai ahli hampir lebih 200 orang yang terdiri daripada mahasiswa, dan bekas pelajar TATiUC dalam masa tidak sampai 5 hari laman ini wujud. Amat gembira sekali dengan sambutan hangat dari kalangan mahasiswa TATiUC dan ianya tersebar luas juga dikalangan bekas pelajar TATiUC.

Laman ini amat interaktif dan ianya percuma. Ahli TMF yang berdaftar bolehlah mengikuti diskusi-diskusi ilmiah dalam bahagian Forum dan berkongsi pendapat, selain dapat bersoal Jawab tentang kemusykilan agama. Selain itu juga, mereka bolehlah mengiklankan perniagaan bilik mereka kepada warga TATiUC seperti perkhidmatan print, tambah nilai prepaid, makanan dan minuman ringan dan pelbagai lagi dan yang paling menariknya dalah mereka boleh muat-naik gambar, lagu dan video untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.

Dan yang penting laman ini juga goleh muat-naik pelbagai jenis fail.....ermm... boleh la nak uplad assignment ke, software (yang saiz kecik je), dan dokumen dalam format .doc, .pdf, dan lain-lain lagi.. So, orang lain boleh la muat turun (download) "Sharing is Caring".

Yang menarik perhatian, selain berbalas komen, mereka boleh Chatting dan menghias laman mereka mengikut citarasa masing-masing.

Laman ini bukanlah hanya untuk pelajar malah juga untuk kakitangan, pensyarah dan juga bekas-bekas pelajar TATiUC. Untuk mendaftar mereka bolehlah melayari TMF di http://tatiucnet.ning.com secara percuma. Atau klik untuk mendaftar.

Screenshot

Muka depan TMF yang ringkas dan interaktif.



Antara Persatuan dan kelab yang mempunyai "Group" mereka sendiri untuk berbincang dan membuat pengumuman terkini aktiviti kelab dan persatuan.



Terdapat juga ruangan forum untuk Ahli TMF berdiskusi tentang isu-isu semasa dan juga terdapat ruangan info serta soal jawab kemusykilan agama, dimuatkan juga ruangan diskusi bersama wakil Majlis Perwakilan Pelajar TATiUC.










Sekiranya anda warga TATiUC Klik sini untuk mendaftar di TMF


Sebelum ini para Mahasiswa TATiUC boleh mengakses internet menggunakan perkhidmatan wireless secara bebas dan sukar dikawal.

Oleh kerana kebebasan yang mutlak diberikan oleh pihak PPTM ramai yang menggunakan peluang ini untuk pelbagai tujuan, antaranya menyiapkan assignment dan juga untuk muat turun pelbagai filem dan cerita.

Hampir kebanyakan dari kita memuat turun atau download filem dan cerita-cerita ini menggunakan P2P Search Engine. Apakah itu P2P?

P2P ialah satu protokol dalam applikasi untuk muat turun seperti Bit-Torrent, Ares, Metacafe, Internet Download Manager (IDM) dan lain-lain lagi. P2P engine ini akan berfungsi untuk muat turun dengan cara ter pantas dan sekiranya sambungan internet terputus, ia mampu untuk menyambung kembali kerja-kerja men download ini sehingga selesai.

Akibat yang orang lain akan tanggung daripada aktiviti P2P yang tidak terkawal akan menyebabkan kita kehilangan bandwidth atau kelajuan untuk aksess ke internet.
dan kadang-kadang sambungan wireless ada tapi, tidak dapat akses ke internet. Yang tidak berdosa turut menjadi mangsa........

Justeru itu pihak PPTM menggunakan authentication kepada Mahasiswa TATiUC ada wajarnya, sehinggakan mereka mengambil MAC address setiap laptop atau PC pelajar untuk memudahkan lagi pengawasan penggunaan internet pelajar. Jadi Terpaksalah pelajar usung laptop san sistem unit mereka ke pejabat PPTM untuk pertama kali mendaftar.

Mac Address adalah alamat atau ertikata lainnya kombinasi unik pengenalan kepada sesebuah device, seperti PC atau laptop mempunyai satu ID yang tidak sama dengan ID pada lain-lain PC atau laptop. Untuk mengawasi pelajar menggunakan IP address adalah sukar kerana ia diberikan secara DHCP (automatik).

Selepas ini aktiviti pelajar untuk akses ke internet dikawal oleh RADIUS server yang akan membenarkan akses untuk pelajar yang berdaftar sahaja. Pihak PPTM juga boleh menetapkan had jumlah bandwidth bagi seseorang pelajar. Bagi penggemar atau kaki download, terpaksalah menunggu masa yang lebih lama dari sebelumnya untuk mendownload cerita. Oleh itu sabar-sabarlah ye........

Setiap aktiviti pelajar akan dapat dikesan melalui MAC address, Username dan password. Pihak yang mengawal akses pelajar dapat mengenalpasti dengan mudah masa pelajar tersebut akses internet, masa apabila pelajar itu logout, bandwidth yang digunakan, Laman web yang dilawati....... Kalau si A melawat satu laman web porno, MAC Address si A akan di rujuk kedalam database pelajar dan segala maklumat peribadi seperti Nama, No. Matrik, Kos, dan segala maklumat lain dapat dikenal pasti.

Dengar-dengar kata pihak PPTM akan menaik tarafkan Bandwidth dari 10Mbps ke 32Mbps dalam masa terdekat ni. Selain itu juga semua mahasiswa diberikan perkhidmatan E- Mail peribadi sendiri contoh email saya : NT07A05025@stud.tatiuc.edu.my

(klik gambar untuk paparan lebih jelas)


Oleh itu kaki download, kaki pornografi dan para "hacker" TATiUC anda telah mendapat satu lagi dugaan baru....... berhati-hatilah.................

p/s : Gunalah Celcom Broadband

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Lama jugak aku tak posting benda-benda baru..

Apa yang nak saya kongsi di sini adalah, satu cara atau info berkaitan satu laman rangkaian sosial terkenal, Friendster yang selalu menjadi satu media untk kita berkomunikasi sesama rakan dan untuk bersosial.

Adakah ia selamat untuk kita gunakan sebagai satu simpanan maklumat dan data seperti gambar.

Album gambar yang sedia ada dalam Friendster acapkali menjadi salah satu tarikan utama rangkaian sosial ini. Friendster membekalkan pengguna dengan album yang boleh dipaparkan kepada umum dan private yang hanya boleh di lihat oleh pengguna tertentu sahaja.

Namun apa yang saya katakan disini adakah private album itu betul-betul selamat?

jawapannya tidak...

Buktinya














Bagaimana ia dilakukan?

Hacker akan request untuk melihat private pic anda.
selepas itu hacker akan menghantar komen yang akan disertakan dengan "script" untuk mengelirukan server dan secara automatik, apabila mangsa membaca atau melihat komen hacker tersebut, secara automatik, hacker itu akan menerima mesej seperti gambar di atas.

Ia berlaku walaupun , mangsa tadi tidak membenarkan atau ignore request hacker tersebut pada mulanya mahu melihat gambar peribadi anda.


Untuk dapatkan script dan tutorial lengkap, hubungi Azri k....

*HANYA UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN, SEGALA MASALAH ATAU SALAH GUNA ADALAH TANGGUNGJAWAB MASING-MASING

Oleh kerana masa tidak mengizinkan untuk aku mengUpdate blog ni, aku moho maaf sangat-sangat. Kerana sekarang ni sibuk dengan training untuk Pertandingan Kemahiran Malaysia Ke-18. Antara 'assidnment-assignment ' yang aku kena selesaikan bagi kategori PC Maintenance & Networking ni adalah :

- Install OS, Window/Open Source.
-Troubleshoot.
-Assemble and Disassemble PC part by part.
-Setting up sharing printer and folder using window & Linux.
-Cabling.
-Repair and diagnose problem.
-Setting up server/workstation

Hope korang sumer akan doakan kejayaan aku nanti.