IP
Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Keratan akhbar : Metro Isnin, 20 April 2009 (17:23 PM)

KUANTAN: Seorang remaja lelaki yang gagal menahan nafsunya ditahan polis selepas mencabul seorang wanita dalam lif sebuah hotel di Genting Highlands, dekat Bentong, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, mangsa berusia 30 tahun yang berasal dari Ipoh, Perak dan bekerja sebagai jurujual menggunakan lif untuk pulang ke biliknya.
Bagaimanapun, pada masa sama, remaja terbabit yang berusia 15 tahun turut berada dalam lif berdiri di belakang mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata remaja terbabit secara tiba-tiba memeluk pinggang wanita itu dan menyebabkan mangsa terkejut serta meronta untuk melepaskan diri.

Katanya, mangsa kemudian berjaya melepaskan diri sebaik saja pintu lif dibuka sebelum memaklumkan kejadian kepada pengawal keselamatan hotel berkenaan.


p/s: apala nak jadi dengan remaja kita zaman sekarang.............


Pandangan belakang dan sisi


Pandangan hadapan.

Tahniah PDRM kerana telah maju selangkah.

p/s : Jagan berani nak cabar berlumba dengan polis pulak.....