Penat hari ni, Jumaat 24 April 2009, aku baru sahaja pulang dari Kem BN3 512 Rejimen Askar Wataniah. Aku diberi tanggungjawab unuk menjadi fasilitator bagi Al-Iman Consultant & Training Center dimana Al-ImanConsultant adalah sebuah syarikat bumiputra yang menyediakan perkhidmatan motivasi,team building dan kaunseling berversi Islamik.
Pada program kali ini, pesertanya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang (high risk) dari sebuah sekolah di area Kemaman telah memilih Al-Iman Consultant & Training Center sebagai salah satu usaha untuk mendidik rohani remaja-remaja yang sedang bersekolah ini agar menjauhi segala perkara-perkara yang dilarang oleh agama, memupuk semangat berkumpulan dan setiakawan yang tinggi, berani menghadapi cabaran yang mendatang dalam apa jua keadaan, persediaan dan bekalan untuk menghadapi peperiksaan dan semua ini diterapkan melalui unsur-unsur islamik bersama modul-modul latihan yang berbentuk teori dan praktikal.
Al-Iman baru sahaja ditubuhkan, namun sudah banyak menerima undangan untuk memberi latihan begi menerapkan nilai-nilai islam dalam kehidupan malah dalam kepimpinan.
Berbailk kepada cerita asal, sejurus sahaja pelajar-pelajar berkenaan sampai, mereka dibariskan di padang kawat Kem Bukit Kuang untuk pemeriksaan beg. Sudah menjadi kebiasaan bagi anggota tentera Kem Bukit Kuang untuk melakukan pemeriksaan untuk tujuan keselamatan. Aktiviti bermula pada petang itu juga dengan modul ta'aruf dan pembahagian kumpulan. Pada sebelah malamnya disusuli dengan solat maghrib secara berjamah, dan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Syed Syahrunuddin. Selesai sahaja kuliah maghrib, solat hajat juga telah dilakukan agar memohon supaya program dapat berjalan dengan lancar dan semoga dapat melembutkan hati para peserta. 1 slot bertajuk "Solat Tiang Agama" telah disampaikan oleh Ustaz Osmarizal atau lebih mesra dengan panggilan "Ustaz Osama". Kesemua tenaga pengajar Al-Iman Consultant & Training Center adalah berkelulusan dari negara Timur Tengah yang berpengalaman. Malam pertama "Kem Bestari Solat" berakhir dengan tayangan video tentang "Kematian" yang cukup memberikan kesan mendalam kepada peserta Kem dan saya sendiri.
Hari kedua, iaitu hari ketika saya menulis catatan ini bermula dengan saya sahabat saya, Basyir, mengejutkan peserta pada jam 4.30 pagi untuk program Qiamullail. Solat sunat tahajjud, taubat dan hajat diimamkan oleh sahabat saya, saudara Izuddin. Kuliah Subuh pula disampaikan oleh Ustaz Syed. Namun, saya dipertanggungjawabkan untuk slot senaman pagi dan rekreasi. Ternyata pelajar amat gembira dan terhibur dengan aktiviti yang dijalankan. Walaupun masih ada antara mereka yang kadang-kadang masih "keras" namun usaha untuk menyemai benih kelembutan tetap dijalankan tanpa rasa jemu. Mereka ini patut diberi peluang dan perhatian secukupnya, kerana kurangnya perhatian itu lah yang mampu mendorong mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Selepas menikmati arapan pagi, pelajar telah bersedia seawal 9.00 pagi lagi di dewan untuk mendengar slot seterusnya yang akan disampaikan oleh Ust. Osama. pada jam 11.45 pagi, slot berkenaan selesai dan peserta kem bersiap untuk solat Jumaat.
Namun, saya amat sedih kerana tidak dapat bersama sahabat-sahabat saya untuk membantu adik-adik peserta kem higga ke akhir program kerana saya perlu menduduki peperiksaan "Malaysia University English Test" (MUET). Namun harapan saya tinggi untuk melatih , mereka dan diri saya sendiri agar dapat menjadi insan yang berguna dan taat pada perintah Allah serta melaksanakan "Amal Ma'aruf Nahi Mungkar" di muka bumi Allah yang sementara ini.
Sebarang maklumat mengenai Al-Iman Consultan & Training Center
sila hubungi :
Ustaz Osama : 0199115058
Tiada Ungkapan cuma Satu Harapan.
Posted by Azri Omar | | al iman consultant and training center berita, azri, catatan, diari, isu semasa, kami, kawan, Keratan akhbar, peribadi, sekolah, tentera | 0 comments »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment