Akmal Abd Aziz 18 tahun, atau nama mesra dikalangan kawan-kawan "mat pulin", Bekas pelajar di Penang Free School, Pemain bola PFS. Telah kembali Ke Rahmatullah pada 5 Jun 2009 akibat kemalangan langgar lari oleh sebuah treler.
Aku sedih sangat sebab tak berkesempatan untuk melihat jenazah buat kali terakhir kerana aku berada di kampung pada masa tersebut, ditambah pula pada ketika itu bateri handphone aku betul-betul habis. Selepas akuu dapat mesej di azam (ot) pkul 9 lebih aku terus call yang lain untuk dapatkan kepastian. Esok paginya aku terus terpa ke rumah untuk cari charger, lpas on-kan henset, berpuluh misscall dan mesej masuk.
Tapi diorang cakap Arwah dah selamat dikebumikan.
Memang tak aku sangka kerana baru sahaja 2 minggu aku jumpa arwah bersembang banyak cerita pasal haluan lepas SPM. Allah lebih menyayangi dia.
Kemalangan tersebut berlaku di jalan Sg. Petani- Alor Setar, kerana Arwah bersama member baiknya Mat @K@ Khairuddin menemaninya untuk beli baju (sebab nak sambung blaja).
Depa naik 2 motor asing, Mat cakap arwah seronok sangat dapat duit RM300 ayah dia bagi, last mat cakap lagi dia suh mat jalan dulu satgi dia follow blakang.
Dah agak 5 minit mat tak nampak dia kat site-mirror, mat pun benti dan tepon dia, tapi tak dapat, mat pun patah balik, lepas tu mat tengok jalan dah jem, mat dalam hati dok harap, bukan akmal.... tapi mat tengok motor dia atas jalan, mat doa agar akmal kena pun tak la teruk sangat, Tapi last2 mat tengok, memang arwah dah meninggal.
henpon dia ada lock-code, orang ramai memang dah tak boleh buat apa. mat memang lemah tengok dia.
Kita yang masih ada ini kena beringat, Allah sayangkan dia. Azry doa semoga keluarga beliau tabah mengharungi dugaan. Semoga Roh beliau ditempatkan bersama para syuhada dan hamba yang soleh Amin....
Al-Fatihah to Arwah Akmal aka (mat pulin)....
Posted by Azri Omar | | akmal pfs, azri, berita, eksiden, isu semasa, Keratan akhbar, peribadi, takziah | 2 comments »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
al-fatihah.semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
adakah aku kenal allahyarham ini? batch mana kah?