IP

Maaf, lama tak update blog azri ni. Selain amat sibk dengan tugas harian sebagai pelajar, Azri juga dalam proses membangunkan satu laman rangkaian sosial untuk komuniti Mahasiswa TATi University College yang dikenali sebagai "TATiUC MyFriend'sBook (TMF)".

Pada mulanya dengan niat hanya suka-suka, dan sungguh tidak disangka, laman ini telah mempunyai ahli hampir lebih 200 orang yang terdiri daripada mahasiswa, dan bekas pelajar TATiUC dalam masa tidak sampai 5 hari laman ini wujud. Amat gembira sekali dengan sambutan hangat dari kalangan mahasiswa TATiUC dan ianya tersebar luas juga dikalangan bekas pelajar TATiUC.

Laman ini amat interaktif dan ianya percuma. Ahli TMF yang berdaftar bolehlah mengikuti diskusi-diskusi ilmiah dalam bahagian Forum dan berkongsi pendapat, selain dapat bersoal Jawab tentang kemusykilan agama. Selain itu juga, mereka bolehlah mengiklankan perniagaan bilik mereka kepada warga TATiUC seperti perkhidmatan print, tambah nilai prepaid, makanan dan minuman ringan dan pelbagai lagi dan yang paling menariknya dalah mereka boleh muat-naik gambar, lagu dan video untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.

Dan yang penting laman ini juga goleh muat-naik pelbagai jenis fail.....ermm... boleh la nak uplad assignment ke, software (yang saiz kecik je), dan dokumen dalam format .doc, .pdf, dan lain-lain lagi.. So, orang lain boleh la muat turun (download) "Sharing is Caring".

Yang menarik perhatian, selain berbalas komen, mereka boleh Chatting dan menghias laman mereka mengikut citarasa masing-masing.

Laman ini bukanlah hanya untuk pelajar malah juga untuk kakitangan, pensyarah dan juga bekas-bekas pelajar TATiUC. Untuk mendaftar mereka bolehlah melayari TMF di http://tatiucnet.ning.com secara percuma. Atau klik untuk mendaftar.

Screenshot

Muka depan TMF yang ringkas dan interaktif.



Antara Persatuan dan kelab yang mempunyai "Group" mereka sendiri untuk berbincang dan membuat pengumuman terkini aktiviti kelab dan persatuan.



Terdapat juga ruangan forum untuk Ahli TMF berdiskusi tentang isu-isu semasa dan juga terdapat ruangan info serta soal jawab kemusykilan agama, dimuatkan juga ruangan diskusi bersama wakil Majlis Perwakilan Pelajar TATiUC.










Sekiranya anda warga TATiUC Klik sini untuk mendaftar di TMF

0 comments