
Sebelum ini para Mahasiswa TATiUC boleh mengakses internet menggunakan perkhidmatan wireless secara bebas dan sukar dikawal.
Oleh kerana kebebasan yang mutlak diberikan oleh pihak PPTM ramai yang menggunakan peluang ini untuk pelbagai tujuan, antaranya menyiapkan assignment dan juga untuk muat turun pelbagai filem dan cerita.
Hampir kebanyakan dari kita memuat turun atau download filem dan cerita-cerita ini menggunakan P2P Search Engine. Apakah itu P2P?
P2P ialah satu protokol dalam applikasi untuk muat turun seperti Bit-Torrent, Ares, Metacafe, Internet Download Manager (IDM) dan lain-lain lagi. P2P engine ini akan berfungsi untuk muat turun dengan cara ter pantas dan sekiranya sambungan internet terputus, ia mampu untuk menyambung kembali kerja-kerja men download ini sehingga selesai.
Akibat yang orang lain akan tanggung daripada aktiviti P2P yang tidak terkawal akan menyebabkan kita kehilangan bandwidth atau kelajuan untuk aksess ke internet.
dan kadang-kadang sambungan wireless ada tapi, tidak dapat akses ke internet. Yang tidak berdosa turut menjadi mangsa........
Justeru itu pihak PPTM menggunakan authentication kepada Mahasiswa TATiUC ada wajarnya, sehinggakan mereka mengambil MAC address setiap laptop atau PC pelajar untuk memudahkan lagi pengawasan penggunaan internet pelajar. Jadi Terpaksalah pelajar usung laptop san sistem unit mereka ke pejabat PPTM untuk pertama kali mendaftar.
Mac Address adalah alamat atau ertikata lainnya kombinasi unik pengenalan kepada sesebuah device, seperti PC atau laptop mempunyai satu ID yang tidak sama dengan ID pada lain-lain PC atau laptop. Untuk mengawasi pelajar menggunakan IP address adalah sukar kerana ia diberikan secara DHCP (automatik).
Selepas ini aktiviti pelajar untuk akses ke internet dikawal oleh RADIUS server yang akan membenarkan akses untuk pelajar yang berdaftar sahaja. Pihak PPTM juga boleh menetapkan had jumlah bandwidth bagi seseorang pelajar. Bagi penggemar atau kaki download, terpaksalah menunggu masa yang lebih lama dari sebelumnya untuk mendownload cerita. Oleh itu sabar-sabarlah ye........
Setiap aktiviti pelajar akan dapat dikesan melalui MAC address, Username dan password. Pihak yang mengawal akses pelajar dapat mengenalpasti dengan mudah masa pelajar tersebut akses internet, masa apabila pelajar itu logout, bandwidth yang digunakan, Laman web yang dilawati....... Kalau si A melawat satu laman web porno, MAC Address si A akan di rujuk kedalam database pelajar dan segala maklumat peribadi seperti Nama, No. Matrik, Kos, dan segala maklumat lain dapat dikenal pasti.
Dengar-dengar
kata pihak PPTM akan menaik tarafkan Bandwidth dari 10Mbps ke 32Mbps dalam masa terdekat ni. Selain itu juga semua mahasiswa diberikan perkhidmatan E- Mail peribadi sendiri contoh email saya : NT07A05025@stud.tatiuc.edu.my
(klik gambar untuk paparan lebih jelas)
Oleh itu kaki download, kaki pornografi dan para "hacker" TATiUC anda telah mendapat satu lagi dugaan baru....... berhati-hatilah.................
p/s : Gunalah Celcom Broadband
Internet Access di TATiUC Kini Dipantau
Posted by Azri Omar | | azri, berita, catatan, computer, hacking, networking, penggodam, peribadi, security, server, tatiuc, tatiuckini, telnet | 1 comments »Album Private FRIENDSTER anda di Hack tanpa pengetahuan.
Posted by Azri Omar | | bisness, brute force, computer, ddos attack, friendster, networking, private picture, remote, security, server, technique, telnet, vulnerable | 0 comments »Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Lama jugak aku tak posting benda-benda baru..
Apa yang nak saya kongsi di sini adalah, satu cara atau info berkaitan satu laman rangkaian sosial terkenal, Friendster yang selalu menjadi satu media untk kita berkomunikasi sesama rakan dan untuk bersosial.
Adakah ia selamat untuk kita gunakan sebagai satu simpanan maklumat dan data seperti gambar.
Album gambar yang sedia ada dalam Friendster acapkali menjadi salah satu tarikan utama rangkaian sosial ini. Friendster membekalkan pengguna dengan album yang boleh dipaparkan kepada umum dan private yang hanya boleh di lihat oleh pengguna tertentu sahaja.
Namun apa yang saya katakan disini adakah private album itu betul-betul selamat?
jawapannya tidak...
Buktinya
Bagaimana ia dilakukan?
Hacker akan request untuk melihat private pic anda.
selepas itu hacker akan menghantar komen yang akan disertakan dengan "script" untuk mengelirukan server dan secara automatik, apabila mangsa membaca atau melihat komen hacker tersebut, secara automatik, hacker itu akan menerima mesej seperti gambar di atas.
Ia berlaku walaupun , mangsa tadi tidak membenarkan atau ignore request hacker tersebut pada mulanya mahu melihat gambar peribadi anda.
Untuk dapatkan script dan tutorial lengkap, hubungi Azri k....
*HANYA UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN, SEGALA MASALAH ATAU SALAH GUNA ADALAH TANGGUNGJAWAB MASING-MASING
Maaf Aku Sibuk Sikit....
Posted by Azri Omar | | azri, berita, catatan, computer, diari, networking, open source, remote, security, server | 0 comments »Oleh kerana masa tidak mengizinkan untuk aku mengUpdate blog ni, aku moho maaf sangat-sangat. Kerana sekarang ni sibuk dengan training untuk Pertandingan Kemahiran Malaysia Ke-18. Antara 'assidnment-assignment ' yang aku kena selesaikan bagi kategori PC Maintenance & Networking ni adalah :
- Install OS, Window/Open Source.
-Troubleshoot.
-Assemble and Disassemble PC part by part.
-Setting up sharing printer and folder using window & Linux.
-Cabling.
-Repair and diagnose problem.
-Setting up server/workstation
Hope korang sumer akan doakan kejayaan aku nanti.
MSC OpenSource Conference (UPDATE)
Posted by Azri Omar | | azri, berita, catatan, computer, diari, hacker, hacking, isu semasa, networking, penggodam, peribadi, remote, security, server, technique, telnet, vulnerable | 0 comments »Aku memang tringin giler nak pergi conference ni
tapi apakan daya...aku amik short semester........
Untuk maklumat lanjut klik sini
Success!!~!!!!!!
Posted by Azri Omar | | azri, berita, computer, ddos attack, godam, hack, hacker, hacking, mereka, networking, peribadi, remote, security, server, technique, telnet, vulnerable | 0 comments »Setelah 3 hari ku setup Discovery Server (Cisco CCNA) rupa-rupanya simple gila......
walaupun server tu guna linux.....
Hari pertama punya la penat nak troubleshoot lepas satu, satu......
cuma tak banyak benda yang kami buat... juz cabling dengan configure
Router C2811 dengan Switch 2960
Router 2811
- 3 Router digunakan
- - ISP-A -> Interface.
- - HQ -> Interface, NAT/PAT, Enc. PPP( chap), ACL, OSPF
- - Router 2 -> Interface, OSPF, ACL, PPP (chap), Trunking (from switch) Enc. dot1Q.
Switch 2960
-2 Switch digunakan
- Switch 1
- VTP Server mode
- Port 15 (port security)
- Trunking port
- 3 VLAN's (Vlan 1, Vlan 11, Vlan 12)
- Switch 2
- VTP Client mode
- Port 9 (port security)
- Trunking port
- 3 VLAN's (Vlan 1, Vlan 11, Vlan 12)
- Server (CCNA Discovery Server)
- Interface IP addresss
- DNS
Overall memang puas hati...Thanks tu Hafiz and Mahsan (my team member)
Ingin Menjadi "Hacker" ????
Posted by Azri Omar | | brute force, computer, ddos attack, ebook, godam, hack, hacker, hacking, networking, penggodam, remote, security, server, technique, vulnerable | 0 comments »
Memang tepat pada masanya........
Dapatkan segera eBook tutorial yang lengkap dengan cara dan gambarajah step-by-step bagaimanakah cara untuk mengodam.
eBook ini juga dibekalkan dengan CD software yang mengandugi, aplikasi-aplikasi yang sering digunakan oleh seorang Hacker. Harga yang ditawarkan cukup menarik Hanya RM50* (tidak termasuk kos penghantaran) sedangkan harga di pasaran ialah RM328.00
Bagi seorang yang baru dan ingin mempelajari teknik dengan lebih berkesan, eBook ini adalah yang terbaik.
Untuk maklumat Lanjut, sila klik link gambar di sebelah kanan atau gambar eBook di atas.
p/s: saya baru baca 3 bab.....memang seronok..




